Seperti yang telah disebutkan, perlawanan bermula pada pukul 6:30 petang. Pada waktu ini, kebanyakan pemain telah tiba di gelanggang untuk memulakan perlawanan. Perlawanan biasanya melibatkan 10 hingga 15 pemain pada satu satu masa. Jumlah ini meningkat pada hari Jumaat di mana keesokkannya cuti. Namun saya tidak dapat bermain pada hari Jumaat kerana menghadiri kelas Web Authoring (7-9 malam)

MENU



Home

Perlawanan bermula...

Pertahanan

Cara Mendapatkan Gol

Kekerasan dalam permainan

In The end..



ATAU LAWATI


SOCCERNET

FIFA


Counter
Free Web Counter


   Di dalam gambar kita dapat melihat pemain sedang menunggu sepak mula. Ketika ini, pemain agak serius dan penuh iltizam. Masing- masing menyimpan harapan untuk 'score' pada hari tersebut. Kumpulan yang kalah pada hari sebelumnya menyimpan azam untuk membalas dendam akibat kekalahan semalam. Kumpulan yang menang sebelumnya bertekad untuk mengekalkan rekod tanpa kalah. Untuk pengetahuan para pelawat, kumpulan saya telah memegang rekod tanpa kalah tertinggi iaitu sebanyak 4 hari berturut-turut.

Kumpulan yang terbentuk biasanya terdiri daripada campuran senior dan junior,dan juga pemain skill tinggi dan pemain lemah. Kumpulan yang terbentuk ini kekal daripada awal semester, akibat persefahaman yang tinggi antara setiap pemain. Kami biasanya membentuk persefahaman melalui kelab yang kami sokong. Kumpulan saya menyokong Arsenal (sebahagiannya menyokong Chelsea atau kelab gergasi lain) manakala kumpulan satu lagi menyokong Manchester United.

Peraturan untuk permainan ini sangat mudah. Pemain tidak perlu menyepak bola ke dalam gol, sebaliknya pemain perlu cuba untuk memastikan bola itu mengenai tiang gol. Ini ialah kerana gelanggang adalah kecil dan jumlah pemain yang agak ramai. Jadi untuk memastikan permainan pada tahap kompetitif, undang-undang bola harus mengena tiang untuk dianggap gol adalah dirasakan sesuai. Ini kerana bukan senang untuk memastikan bola terkena tiang.
Gambar di atas ialah gambar saya menjaringkan gol melalui tandukan.

[ Read / Sign my guestbook ]
Get a free Guestbook