Oleh kerana permainan agak kompetitif, maka setiap pihak akan menggunakan taktik-taktik tertentu. Kadangkala ada yang mengamalkan taktik diamond iaitu mengutamakan pemain tengah dan menggunakan short passing. Tapi selalunya keadaan kucar kacir, terutamanya ketika keadaan genting,di mana setiap orang bersemangat untuk score. Maka setap pemain akan bergerak ke tengah untuk menyerang. Waktu inilah, pertahanan menjadi aspek yang penting.

MENU



Home

Perlawanan bermula...

Pertahanan

Cara Mendapatkan Gol

Kekerasan dalam permainan

In The end..



ATAU LAWATI


SOCCERNET

FIFA


Counter
Free Web Counter


   Antara taktik-taktik kotor yang digunakan ketika permainan ialah meletakkan lebih dari 6 orang pemain di sekitar tiang gol, untuk mengelakkan pihak lawan menjaringkan gol. Kadangkala ada yang bertindak lebih jauh dengan memeluk tiang gol atau menggunakan badan untuk mengelakkan bola terkena gol. Saya sendiri turut menggunakan taktik ini untuk mempertahankan gol. Gambar di bawah menunjukkan cara pertahanan yang sangat digemari oleh kedua-dua belah pihak iaitu taktik menjaga tiang.

Kebiasaannya tiga orang pemain diperlukan untuk pertahanan. Seorang menjaga tengah dan yang lain menjaga sisi. Tiga orang pemain ini biasanya akan berada di kawasan gol dan hanya akan bergerak ke atas apabila keadaan mendesak.

   Untuk bermain sebagai pertahanan pemain perlu ada skill seperti di bawah

-defensive footwork yang bagus, iaitu cepat bergerak ke semua arah, dan boleh berhenti dengan cekap ketika sedang berlari

-positioning yang baik, iaitu berada tahu di mana kedudukan baik untuk bertahan

-bagaimana hendak mendapatkan bola dari kaki lawan ("tackling")



   Selain dari skill individu, pemain pertahanan perlu ada skill berpasukan

-tahu untuk menyediakan backup support kepada pemain tengah dan striker

-bagaimana menggunakan taktik 'two-by-two' untuk menghalang striker

-tahu untuk marking pemain lawan

[ Read / Sign my guestbook ]
Get a free Guestbook