PERMAINAN BOLA SEPAK DI KOLEJ KEDIAMAN KEDUA, UNIVERSITI MALAYA

Website ini bertujuan untuk memberikan gambaran sebenar pelajar-pelajar di Universiti Malaya, khususnya di kolej kediaman saya iaitu Kolej Kediaman Kedua. Niat saya ialah untuk merakamkan kenangan saya bermain bola bersama dengan rakan-rakan saya sewaktu di universiti. Saya harap agar anda dapat berkongsi pengalaman ini bersama saya. Permainan bolasepak kami bukanlah bertaraf profesional atau mencapai tahap liga eropah, permainan kami adalah lebih atas niat suka-suka dan merapatkan hubungan sesama rakan di Kolej Kediaman Kedua..

MENU



Home

Perlawanan bermula...

Pertahanan

Cara Mendapatkan Gol

Kekerasan dalam permainan

In The end..



ATAU LAWATI


SOCCERNET

FIFA


Counter
Free Web Counter


   Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya,Mohd. Firdaus Bin Sukor, pelajar tahun empat jurusan kejuruteraan mekanikal di Universiti Malaya dan bakal 'extend' setahun pada tahun depan.Untuk pengetahuan anda, kehidupan saya di sini amat tertekan dengan pelajaran. Oleh itu, saya mencari jalan dengan meluahkan perasaan tertekan saya dengan bermain bolasepak.


Saya bermain bolasepak di Kolej Kediaman Kedua, Universiti Malaya di sebuah gelanggang dikenali sebagai 'Tenggayun" Permainan di sini sangat kompetitif kerana setiap pemain mempunyai skill yang berbeza, dan juga pemain yang tiada skill langsung (seperti saya). Perbezaan ketara antara pemain menyebabkan perlawanan bola ini lebih menarik, khususnya ketika skill tidak menjadi dan menjadi bahan ketawa pemain lain.

Kami memulakan perlawanan pada pukul 6.30 petang, kerana kebanyakan pemain ada kelas sebelum itu. 6.30 petang adalah waktu yang tepat, yang membolehkan mereka berpeluang sembahyang Asar terlebih dahulu. Permainan akan berterusan sehingga azan maghrib dilaungkan, di mana kebanyakan pemain sudah keletihan dan kerana itu bilangan jemaah di surau amat sedikit di waktu maghrib berbanding waktu isyak.
[ Read / Sign my guestbook ]
Get a free Guestbook